Thursday 28 February 2013

Mukadimah

Salam sejahtera,

Saya Cristine Teo. Saya menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Bahasa Melayu dan berada di semester 6. Pensyarah saya  iaitu Dr. Siti Saniah binti Abu Bakar telah meminta saya serta rakan-rakan agar membina sebuah blog bagi menyempurnakan tugasan individu kami iaitu kursus BML3073 Sosiolinguistik Melayu pada semester ini. Tema tugasan individu ini adalah berkenaan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita.Saya akan menggunakan bahasa Melayu standard dalam semua entri yang bakal saya hasilkan di sini. Oleh hal yang demikian, jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam penghasilan entri saya, sudilah kiranya diperbetul dalam ruangan komen yang disediakan agar segala kekurangan itu tidak diulangi lagi pada entri-entri yang berikutnya.