Sunday 31 March 2013

Minggu 4 (5)- Lagu Anak Kampung Versi Bahasa Melayu Sarawak

Salam sejahtera,

Pada masa ini, lagu Anak Kampung daripada Jimmy Palikat sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kini lagu anak kampung sudah ada dalam pelbagai versi seperti versi Kelantan dan versi Sarawak. Mari sama-sama dengar lagu Anak Kampung versi bahasa Melayu Sarawak. 

Lirik dalam bahasa Melayu Sarawak dan terjemahan dalam lirik asal:

Memang aku tok anak urang meskin
Memang aku ini anak orang miskin

Sik ada apa-apa yang dapat ku berik
Tiada apa-apa yang dapat kuberikan

Kitak nang kacak,
Engkau memang cantik

Nang sik ada yang dapat melawan
Memang tidak padan dan tidak sepadan



Aku anak kampung sik ada pelajaran
Aku anak kampung tiada pelajaran

jadi kuli ajak
Kuli-kuli sahaja

Nang sik padan
Memang tidak padan

Kacak bah kitak
Cantik bha kau itu

Banyak yang tergoda lagik urang kaya
Banyak yang tergoda lagi orang kaya



Sik ada keretaku embak kita jalan-jalan
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan

Rumah mek pun sikda adapun bapak mek mpun
Rumahku pun tiada adapun bapa punya

Apa lagik belanja maok bayar belian
Apa lagi belanja mau bayar berian 

Pakei kawin kita
Kahwin sama kamu



Bukannya kamek sik suka dengan kita
Bukannya ku tidak suka sama kamu

Tapi kamek takut idup kitak merinsak
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara

Kerna kamek cinta kamek lepas kitak
Kerna aku cinta aku lepaskan kau

dengan orang lain
Sama orang lain



Kitak masih mudak
Engkau masih muda

Kacak lagi menawan
Cantik lagi menawan

Janganlah kitak carik laki kedak kamek
Janganlah kau cari lelaki macam saya

Kitak nang kacak
Engkau memang cantik

Kelak nyesal sik ada guna
Nanti kau menyesal tiada guna.


Sekian,

Cristine Teo




















No comments:

Post a Comment