Sunday 24 March 2013

Minggu 3 (1) -Novel Melayu atau Novel Inggeris?-

Salam sejahtera,

Saya merupakan seorang pembaca tegar bagi novel bahasa Melayu. Namun, sewaktu proses pembacaan saya, terdapat banyak bahasa rojak iaitu dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam novel yang saya baca. Saya tertanya-tanya sendiri, apakah novel bahasa Melayu akan rendah nilainya, tidak kelihatan menarik atau akan mendapat kurang perhatian daripada para pembaca sekiranya penulis novel tersebut menggunakan sepenuhnya perkataan dalam bahasa Melayu. Sedangkan bahasa Melayu mempunyai kosa-kata yang pelbagai dan menarik. Di bawah ini saya sertakan beberapa contoh ayat yang menggunakan bahasa rojak dalam novel Melayu yang saya baca.






Berdasarkan gambar-gambar di atas, saya yakin, ayat atau perkataan bahasa Inggeris yang telah digunakan ada kosa-katanya dalam bahasa Melayu. 

Kita semua tahu bahawa tahap penguasaan Inggeris masyarakat Malaysia agak rendah. Apabila kita tidak mampu untuk membaca novel Inggeris, sekurang-kurangnya kita akan dapat membaca novel Melayu memandangkan bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda kita. Namun, apabila novel Melayu turut menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, bagaimana dengan pembaca yang rendah kefahamannya terhadap perkataan Inggeris? Sudah tentu mereka terpaksa membelek kamus Inggeris-Melayu terlebih dahulu sebelum meneruskan pembacaannya lebih lanjut. Malah, ada juga pembaca yang terpaksa 'melompatkan' pembacaan mereka kerana agak memakan masa jika mereka cuba mencari makna sesuatu perkataan tersebut sewaktu proses pembacaan mereka.

Wahai penulis novel Melayu, sedarlah, hargailah keindahan nilai kosa-kata bahasa Melayu milik kita. Novel yang anda hasilkan tidak akan menjadi rendah kualitinya sekalipun anda menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Sedangkan penulis novel Inggeris tidak memasukkan atau menggunakan bahasa lain dalam novel yang mereka hasilkan. Mengapa pula kita tidak mampu berbuat sedemikian?

Sama-sama kita Martabatkan Bahasa Melayu milik kita!

Sekian,

Cristine Teo


1 comment: