Monday 4 March 2013

Minggu 1(2) - Cikgu Tandas-


Salam sejahtera,

Cikgu tandas !

Cikgu, tandas?

Cikgu pergi tandas!

Tandas cikgu!

Sewaktu di alam persekolahan, pernah tak anda menggunakan ayat-ayat ini?

Bagi yang telah mempelajari subjek semantik, sudah tentu anda mempunyai huraian yang panjang lebar mengenai ayat di atas.

Apabila pelajar sekolah ingin meminta kebenaran untuk pergi ke tandas daripada guru yang sedang mengajar, ketiga-tiga ayat di atas sering digunakan oleh mereka. Namun…

Ketiga-tiga penggunaan ayat tersebut adalah salah! Mengapa? Mari kita selami satu-persatu makna bagi ketiga-tiga ayat di atas.

1.      Cikgu tandas!
·         Cikgu tersebut bernama Tandas.
·         Cikgu tersebut mengajar tandas.

2.      Cikgu, tandas?
·         Pelajar sedang keliru sama ada cikgu tersebut adalah tandas atau bukan.
·         Pelajar menanyakan kepada guru akan lokasi tandas.

3.      Cikgu pergi tandas!
·         Pelajar tersebut mengarahkan gurunya agar pergi ke tandas.

4.   Tandas cikgu! 
-     Pelajar menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan tandas guru.

Memanglah diakui bahawa ketiga-tiga ayat di atas tetap difahami walaupun struktur ayatnya salah. Namun, bukanlah faham semata-mata yang kita inginkan. Kita pentingkan tatasusila dalam berbahasa. Cara kita berbahasa melambangkan nilai kesantunan dalam diri kita. Jika suatu ketika dahulu anak murid menyebut ‘ maafkan saya cikgu, boleh saya pergi ke tandas? ‘ kini anak murid menyebut ‘ cikgu tandas!’ dan suatu hari nanti anak murid akan menyebut ‘tandas!’ sahaja..

Itukah yang sebenarnya kita mahukan dalam memartbatkan bahasa kebangsaan kita?

Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama mengatasi kesilapan yang sering dipandang remeh oleh para pelajar dan juga masyarakat sekeliling ini. Ini mungkin remeh bagi mereka kerana pada pendapat mereka, yang penting ialah guru tersebut memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Namun, bagaimana pula dengan perasaan guru tersebut? Apatah lagi, kalau guru tersebut ialah guru bahasa Melayu. Justeru, guru-guru di sekolah juga harus memainkan peranan dalam membendung kesilapan dalam berbahasa ini kerana rosak bahasa, rosaklah bangsa.

Cara yang betul untuk meminta kebenaran daripada guru yang sedang mengajar jika pelajar ingin ke tandas ialah:

“ Maafkan saya cikgu, boleh saya pergi ke tandas?”

Ayat ini tidak terlalu panjang. Boleh diungkapkan kurang daripada 5 saat. Maka, tidak perlulah dipendekkan lagi.





Sekian,

Cristine Teo

No comments:

Post a Comment