Tuesday 2 April 2013

Minggu 5 (2)- Bahasa Bisaya-

Salam sejahtera,

Kali ini saya akan berbicara mengenai bahasa Bisaya. Apa itu bahasa Bisaya? Saya pasti ramai yang tidak tahu kewujudan bahasa Bisaya atau lebih tepat lagi kewujudan masyarakat Bisaya.

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Limbang di Sarawak.

Suku kaum ini dikatakan berkait dengan suku kaum Bisaya di Filipina namun suku kaum ini hanya terdapat di Borneo sahaja iaitu di Sabah dan Sarawak.

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan "Bisai Iya" yang bermakna seseorang lelaki dan wanita itu tampan dan cantik. Dan sesetengah berpendapat bahawa ia berasal daripada perkataan " Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitkan dengan ilmu sihir atau perubatan yang diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu. Namun sehingga sekarang, tiada kesahihan secara bertulis mengenal asal-usul perkataan "Bisaya" tersebut.

Baiklah, apa kata kalau kita belajar serba sedikit beberapa perkataan dalam bahasa Bisaya.

Kata Ganti Nama Diri :


  • Jaie – Saya
  • Jati – Kita
  • Ikau, Ijun – Kamu
  • Yo’ro – Mereka
Kata Arah/Kata Penunjuk :
  • Ite/itey – Ini
  • Ino – Itu
  • Nio – Sana
  • Tio – Sini

Hari :
  • Keniab – Semalam
  • Adau Itey – Hari ini
  • Keduan – Lusa
  • Dondom – Pagi
  • Sorop Adau – Petang
  • Mentu’ong – Malam
  • Madau – Tengahari

Kata Kerja:
  • Bedudun – Bersembang
  • Betimung – Berhimpun
  • Manau- Jalan
  • Miduq - Lari
  • Kakat- Berdiri
  • Manju - Mandi
  • Modop- Tidur
  • Girak- Ketawa
  • Temidong/ Tidong - Bangun
  • Siau – Marah
  • Begirak/Girak – Ketawa
  • Gi’ad – Menangis

Ukuran:
  • Gayo – Besar
  • Diok – Kecil
  • Awad- Panjang
  • Ibaq- Pendek
Jantina
  • Kekimu/Kimu – Perempuan
  • Mianai – Lelaki

Keluarga
  • Indu – Ibu/Emak
  • Yama – Ayah/Bapa
  • Yaki – Datuk
  • Yadu – Nenek
  • Setarie – Adik
  • Kako – Abang/Kakak

Anggota Badan:
  • Longon – Tangan
  • Inan – Badan
  • Atis- Kaki
  • Tenaie - Perut
  • Ulu – Kepala
  • Po'o- Paha
  • Adung - Hidung
  • Mato- Mata
  • Kabang - Mulut
  • Ipon- Gigi
  • Sengilu- Kuku
  • Telingo - Telinga
Haiwan :
  • Using – Kucing
  • Asu- Anjing
  • Manuk- Ayam
  • Lanut- Ular
  • Babag- Kura-Kura
  • Memanuk- Burung
  • Kilau- Semut
  • Legatan- Biawak
  • Buayo- Buaya

Hari:
Adau Satu- Isnin
Adau Duo-Selasa
Adau talu-Rabu
Adau apat-khamis
Adau limo- jumaat
Adau onom-sabtu
Adau Minggu-ahad

Angka:
sa- satu
duo-dua
talu-tiga
apat-empat
limo- lima
onom- enam
tu'ruq- tujuh
baluq- lapan
siam- sembilan
mopod- sepuluh



Ada perkataan lain yang anda ingin tahu? Bolehlah bertanya. Jika saya tahu, saya akan jawab.

Sekian,

Cristine Teo








2 comments: