Wednesday 3 April 2013

Minggu 5 (4)- Adat Perkahwinan Kaum Kedayan-

Salam sejahtera, jika sebelum ini saya ada menerangkan serba-sedikit mengenai kaum Kedayan yang ada di tempat saya iaitu Limbang, kali ini, saya ingin sekali menunjukkan adat perkahwinan kaum Kedayan. Saksikan kedua-dua video di bawah.




RUMUSAN DARIPADA SAYA: 

1. Merisik pihak perempuan
- bapa si gadis bertanyakan anak gadisnya.
-si gadis bersetuju
-berbincang tarikh pertunangan

2. Pertunangan
-menandatangani surat persetujuan
     - Buka Mulut             = Rm50
     - Pertunangan            =  Rm 150-RM200
     - Mas Kahwin/ Berian= Rm300-Rm350
      -Sebentuk Cincin
-doa selamat
-jamuan makan oleh keluarga si gadis
-memasak kuih tradisi iaitu Kelupis dan Wajid secara bergotong-royong

3. Akad Nikah

4. Malam Berbadak
-dilakukan oleh mak andam untuk bersih dan segarkan badan pengantin
-badan pengantin dilumurkan dan digosokkan dengan bedak khas

5.Mandi Berlangir/Mandi Bunga
- 4 orang kanak-kanak perempuan berselendang kain di bahu sambil memegang lilin dan berdiri semasa upacara tersebut.

6. Majlis Berzikir

7. Upacara Berinai

8. Majlis Bermukun
-tarian Joget Raja Berangkat
-berbalas pantun

9. Hari Persandingan
-pengantin memakai pakai tradisional suku kaum Kedayan
-Adat Pusing Laga/ Pusing Kaabah
-Adat Mencuci Kaki
-Upacara Membaling Beras ke muka pengantin
-Upacara Bersulang

10. Adat Makan Nasi Temuan ( Majlis Suap-Suapan)

11. Acara Balik Tiga Hari 
-pengantin lelaki bawa pengantin perempuan pulang ke rumah pengantin lelaki.



Sekian,

Cristine Teo

No comments:

Post a Comment