Thursday, 7 March 2013

Minggu 1 (3) ANAK BUAH dan ABANG


Salam sejahtera..

Saya tiba-tiba teringat akan kisah beberapa bulan yang lepas sewaktu saya menerima panggilan daripada mak su. Anaknya iaitu adik sepupu saya yang bernama Andrea yang kini berada dalam tahun tiga sibuk bercerita tentang ANAK BUAH memandang rakannya yang kebetulan merupakan jiran di sebelah rumah mereka sudah mempunyai anak buah.

Butir-butir perbualan mereka:

Andrea   : Ibu, kawan sebelah rumah kita sudah ada anak buah, saya ada anak buah tak ibu?  Abiey (sepupu saya yang seorang lagi iaitu anak pak ngah saya) tu anak buah saya ke ibu?

Mak su: Bukanlah, Abiey tu kan sepupu kamu, kamu mana ada anak buah lagi. Kalau kakak (saya) kamu kahwin, barulah kamu ada anak buah.

Andrea: Oh, macam tu. Alaa, lama lagikah kakak kahwin? Nak anak buah! Nanti kalau kakak kahwin, kemudian kakak ada anak, jadi anak kakak ialah anak buah kami lah ibu?

(Andrea masih keliru dengan maksud ‘anak buah’ terus-terusan bertanya kepada ibunya)

Mak su: Ya, anak buah kamu.

Andrea: Jadi, Angel (adik bongsu Andrea) ialah mak cik paling kecil lah ibu?

Mak su: Ya, Andrea.

Andrea: Nanti kalau kakak kahwin, suami kakak kami nak panggil apalah ibu? Pak cik?

Mak su: Aikkk! Apa pula pak cik? Kamu panggil kakak kamu ‘kakak’ kan, jadi…panggillah suami kakak kamu sebagai abang. (mak su ketawa)

Andrea : Oh.. abang. Ibu, tak sabarlah nak dapat ‘abang’ dan ‘anak buah’.

Mak su hanya ketawa.  Andrea akhirnya berjaya memahami maksud ‘abang’ dan ‘anak buah’ dengan penerangan mak su yang panjang lebar. Tahniah, mak su! 


Andrea yang banyak celoteh! ^_^


Sekian,

Cristine Teo 

No comments:

Post a Comment