Salam sejahtera,
Tahukah anda, struktur ayat yang tidak lengkap dan tidak tersusun
boleh membawa maksud yang lain. Maksud yang mungkin menyebabkan berlakunya
salah-faham dan juga perkara yang tidak diingini. Di sini, saya ingin
menceritakan sebuah kisah yang kedengarannya tidak logik namun membawa
pengajaran yang bermakna buat kita semua akan kepentingan mengatur susunan ayat
sebelum menuturkannya.
KISAH
MANDI DAN BUAT SUP
Di sebuah rumah yang dimiliki oleh majikan berbangsa
Cina yang mempunyai seorang pembantu rumah daripada Indonesia. Majikan tersebut
merupakan seorang yang garang dan panas baran. Dia juga mempunyai seorang anak
kecil. Isterinya pula sudah meninggal dunia ketika melahirkan anaknya itu.
Pembantu rumahnya sangat takut akan majikannya itu dan tidak pernah membantah
segala suruhan majikannya. Pada suatu hari, si majikan sedang tergesa-gesa menyiapkan
diri untuk pergi bekerja. Si majikan sempat berpesan kepada pembantu rumahnya:
MAJIKAN: Lu ahh..nanti kasi mandi gua punya anak dan
buat sup!
PEMBANTU RUMAH : Apa??? Bapak yakin?? ( mengerutkan
muka dengan arahan majikannya)
MAJIKAN : Lu masih mau telus(terus) kelja (kerja)
sama gua atau tidak??? Lu ikut sajala
apa gua suluh(suruh)! Jangan banyak tanyalah! (membentak pembantu rumahnya)
Si pembantu rumah dengan terketar-ketar
mengangguk-anggukan kepalanya lalu beredar dari situ sambil mengalirkan air mata.
>>>>>>
Petang, selepas pulang daripada bekerja, si majikan
menanyakan pembantu rumahnya akan anak kecilnya.
MAJIKAN : Mana anak gua???
PEMBANTU RUMAH : Dalam peti sejuk tuan..
MAJIKAN : (terkejut) Apa?? Lu mau matika?? Jangan
main-main sama gua! Mana anak gua??
PEMBANTU RUMAH : Benar tuan! Saya enggak( tidak)
bercanda(bergurau). Anak tuan ada di dalam peti sejuk!
Si majikan terkejut..segera membulatkan matanya.
Segera berlari ke peti sejuk. Dibuka peti sejuk. Dilihatnya badan anaknya sudah
mengeras dalam mangkuk yang penuh dengan sup.
>TAMAT<
Pembaca ingat tidak arahan yang dibuat oleh majikan
tadi?
“KASI MANDI GUA PUNYA ANAK DAN BUAT SUP”
Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh si majikan?
= Mandikan anak saya dan kemudian buatkan sup untuk
anak saya.
Disebabkan ayat yang tidak lengkap dan tidak tersusun, pembantu rumah
tersebut tersalah anggap bahawa majikannya menyuruhnya memandikan si anak dan
buat anak tersebut menjadi sup.
Sememangnya cerita ini tidak logik. Tetapi pengajaran
yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah kepentingan belajar bahasa yang
boleh difahami dan diterima oleh oleh semua golongan masyarakat. Penting juga
aturan ayat yang keluar daripada mulut kita. Ayat yang tidak lengkap dan tidak tersusun boleh
menyebabkan pihak yang mendengarnya keliru dan salah faham akan perkara yang
cuba kita sampaikan. Sebab itulah orang kata, "berfikir dahulu sebelum berkata".
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment