Salam sejahtera,
Sebentar tadi saya membaca sebuah kisah lucu dalam sebuah blog yang
mengisahkan tentang perbualan antara seorang pengembala kambing dengan seorang
pemuda :
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang
berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu
bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama.
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)
Setelah membaca perbualan di atas, saya mendapati si pengembala kambing tersebut seperti melihat adanya perbezaan antara kambing putih dan kambing hitam miliknya sedangkan kedua-dua jenis kambing tersebut tidak mempunyai sebarang perbezaan lain selain warna. Si penggembala sebenarnya tidak perlu pun bertanya 'yang mana, hitam atau putih?' kepada si pemuda kerana hanya satu jawapan yang sama yang akan diberikan.
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment