Salam sejahtera,
Saya merupakan salah seorang pengguna laman sosial
iaitu FACEBOOK. Sebagai seorang pengguna FACEBOOK dan yang lebih penting lagi
sebagai seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, sudah
tentu saya menjaga tatasusila saya dalam menghasilkan status-status terbaru
saya dalam FACEBOOK. Tatasusila yang saya maksudkan di sini ialah seperti menggunakan bahasa Melayu yang betul, tidak menukar ejaan, dan hanya menggunakan
singkatan yang telah difahami semua orang. Namun, kini, semakin ramai pengguna
FACEBOOK yang menghasilkan status dalam FACEBOOK dengan bahasa Melayu yang
dirosakkan. Apa yang saya maksudkan dengan ‘dirosakkan’? Sila lihat gambar di
bawah:
Sebagai rakyat Malaysia yang menjadikan dan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita sepatutnya
mempertahankan dan mengagung-agungkan bahasa kebangsaan kita. Ingatlah bahawa
bahasa yang kita gunakan melambangkan keperibadian kita. Jika bahasa yang kita
gunakan baik, baiklah peribadi kita. Jika kita merosak-rosakkan bahasa Melayu
kita, maka teruklah keperibadian kita. Bahasa itu cermin diri kita. Siapa lagi
yang mempertahankan dan melindungi bahasa kebangsaan kita kalau bukan kita yang
sebagai rakyat Malaysia ini? Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment