Salam sejahtera,
Sudahkah anda menyaksikan video di atas? Video
tersebut bukan sekadar hiburan semata-mata. Namun, terdapat pengajaran di
sebalik video tersebut.
Pengajaran yang saya perolehi daripada video
tersebut adalah:
1.
Bersua muka untuk menyelesaikan masalah
yang serius atau penting lebih baik daripada menggunakan media massa seperti ‘chatting’.
Hal ini demikian kerana, media massa tidak dapat menzahirkan intonasi berdasarkan
emosi kita sedangkan intonasi memainkan peranan dalam sesuatu perhubungan.
Intonasi dapat menzahirkan kepribadian kita. Kita juga tidak dapat melihat
kejujuran pihak kedua melalui ‘chatting’ kerana kita tidak dapat melihat
ekspresi wajahnya. Mungkin sahaja dia mengatakan hal yang baik-baik dalam mesej
‘chatting’nya. Namun, sebaliknya berlaku di luar ‘chatting’ tersebut.
2.
Bahasa yang kita gunakan sewaktu ber’chatting’
juga harus dijaga agar pihak yang membaca tidak salah faham dengan maksud yang
ingin kita sampaikan.
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment