Salam sejahtera,
Ini merupakan video pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu piala Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009. Saya sungguh tertarik mendengar peserta ini berpidato. Tutur katanya tersusun, lemah lembut seperti selayaknya ciri-ciri bahasa Melayu itu walaupun sedikit kelihatan adanya percampuran dengan dialek Melayu Indonesia. Sungguh terharu bila masyarakat luar negara sangat tertarik untuk belajar bahasa Melayu dan mengambil jurusan bahasa Melayu sedangkan masyarakat Malaysia kini kian melupakan bahasa Melayu dengan cara menggunakan bahasa rojak iaitu mencampur-adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan juga langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu malah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan harian.
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment