Salam sejahtera,
Video pendek ini mengisahkan seorang lelaki yang hanya tahu berbahasa cina tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Pada masa yang sama, lelaki itu cuba untuk memikat seorang rakan sekelasnya tetapi yang menjadi masalah ialah dia tidak tahu nama wanita itu.
Melalui pemerhatian saya, isu yang ingin diketengahkan oleh para pelakon dalam video ini ialah mengenai masalah yang mungkin timbul apabila kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu atau tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Video ini sememangnya penuh dengan bahasa rojak, namun kapsyen yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan maksud sebenar bagi setiap dialog dalam bahasa rojak itu juga adalah kurang tepat kerana struktur ayatnya masih tidak tersusun malah terdapat kosa kata yang tidak tepat digunakan.
Contohnya pada minit 3.24:
Lelaki yang memegang watak Sharrun mengatakan:
" Adalah...tadi dia tengah cerita...saya dah faham dah apa yang dia cakap tadi.."
Melalui pemerhatian saya sebelum itu, lelaki Cina tersebut bukannya bercerita dengan Sharrun tetapi sedang bertanyakan nama wanita tersebut.Tetapi Sharrun berkata bahawa lelaki tersebut 'bercerita' kepadanya.. Kemudian ayat "saya dah faham dah apa yang dia cakap tadi.." juga sebenarnya kurang tepat. Sharrun sepatutnya berkata " saya sebenarnya faham pertanyaan yang disampaikannya tadi."
Pada minit 6.33 juga saya mendapati kapsyen dalam bahasa Melayu juga kurang tepat.
" Inilah masanya dia mendapati nama perempuan itu."
Sepatutnya kapsyen yang betul ialah "Inilah waktunya dia mendapat tahu nama perempuan tersebut."
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment