Sunday, 31 March 2013

Minggu 4 (3)- Tidak tahu bahasa Melayu. Salah siapa?

Salam sejahtera,

Video ini mengenai masyarakat Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat tetapi tidak tahu bertutur dalam bahasa Ibunda. Sebilangan budak dalam video ini merupakan orang Melayu. Namun salah siapa mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu? Sudah tentu salah kedua-dua ibu bapa mereka yang tidak mendidik mereka untuk mengenal bahasa Ibunda mereka sendiri. Berada di negara orang bukanlah alasan untuk tidak mempelajari bahasa Ibunda. Apakah yang akan terjadi sekiranya lebih ramai lagi masyarakat Malaysia yang merantau ke luar negara? Adakah penutur bahasa Melayu akan pupus suatu hari nanti dan Malaysia akan padat dengan rakyat Malaysia yang bertutur dalam bahasa Inggeris? 



Sekian,

Cristine Teo.

No comments:

Post a Comment