Salam sejahtera,
Saya tiba-tiba teringat satu babak dalam lawak Senario
yang berkaitan dengan ‘TURUN INI KAPLAA’ . Seingat saya, kisahnya seperti ini…
Sekumpulan gengster berbangsa India telah menculik
isteri seorang pemuda Melayu. Pemuda tersebut sedaya-upaya merayu agar
isterinya dibebaskan. Ketua gangster tersebut bersetuju untuk melepaskan isteri
pemuda tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Pemuda tersebut mendengar dengan
penuh berhati-hati semua syarat yang telah dinyatakan. Setelah itu, ketua gangster
tersebut pun berkata:
“ Kalau you setuju sama saya punya syarat, you
kasi turun ini kaplaa…”
Pemuda tersebut tercengang. Tidak memahami maksud
yang ingin disampaikan oleh ketua gengster tersebut. Pemuda tersebut meminta
ketua gangster itu mengulang semula kata-katanya. Lalu ketua gangster pun
mengulang kata-katanya:
“ Aiyaaa….itu pun tidak fahamka?? Saya cakap kalau you
setuju sama apa saya mahu, you kasi turun ini kaplaa laa..”
sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Lalu pemuda itu hanya senyum. Sambil
mengangguk-anggukkan kepalanya.
Rasa-rasanya, pembaca tahu tak maksud “KASI TURUN
INI KAPLAA” ?
Maksudnya: Mengangguk kepala.
Ketua gangster tersebut sebenarnya menerangkan, jika
pemuda tersebut bersetuju dengan syarat yang diutarakannya, pemuda tersebut
harus menganggukkan kepala tanda setuju.
Perhatian: Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup
mahupun yang mati. Kisah ini hanya petikan daripada babak Lawak Senario yang pernah ditayangkan di kaca
televisyen.
Sekian,
Cristine Teo
No comments:
Post a Comment